Tuesday, February 12, 2013

Apa yang akan berlaku?


Assalamualaikum. Oh tidak! Esok dah sekolah. Hihi. Sekian lama dah bercuti, sekarang masanya untuk kembali ke sekolah. Kan? Hmm. Tapi, apabila difirkan  pasal sekolah, hmm. Aku terfikirkan kawan aku, suasana dalam kelas aku. Bagaimana ya? Iyalah, kawan kawan dalam kelas aku lepas sorang sorang turun kelas. Termasuklah kawan aku yang selalu buat bising dalam kelas. Hmm. Kenapa ini semua berlaku? 

Apabila aku dapat tahu yang kawan aku turun kelas, terus air mata aku mengalir. Hmm. Memang menyedihkan. Tapi, pasti ada hikmah kan. Dan, ramai cikgu yang telah bagi kata kata semangat ke kawan aku. Aku rasa memang betul pun apa yang cikgu nasihatkan tu. Tapi dalam fikiran aku, aku fikir macam mana suasana dalam kelas aku esok? Mesti sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik. 

Dah la sebelum kawan kawan aku turun kelas, kelas pun tak sebising tahun lepas. Tahun lepas memang bising. Tahun ni, tak mana sebab ramai yang turun kelas. Hmm. Sedih. Tapi apa apa pun, aku doakan supaya aku dan kawan kawan aku belajar bersungguh sungguh, biar berjaya di dunia dan di akhirat. Hmm. Apa apa pun, aku tak boleh hilang semangat. Even kawan aku cuma turun kelas, tetap dapat jumpa dengan diaorang. Ye tak? Hihi. 

And walau dalam apa jua, kita kena tabah menghadapi ujian hidup. Kan? Oh, esok sekolah. Homework just ada sikit lagi belum siapkan. Ok, that's all. Thanks readers :)