Wednesday, February 20, 2013

Aku Tak Sangka.

Assalamualaikum. Hmm. Memang aku tak sangka yang perkara ni akan berlaku. Dan aku sangat sangat menyesal atas perbuatan aku ini. Dan memang semua ini salah aku. Aku kecewa dan aku sedih sangat sangat. Menyesal gila beb!

Okay, aku nak cerita benda yang terjadi pada aku pada hari ni. Dan benda ni memang benda yang aku tak sangka sangka. Luar jangkaan aku. Tapi memang ini semua salah aku. Aku yang start dulu. Hmm. Okay, okay. Begini, pukul dua aku and kawan aku duduk rehat sebab nanti ada perjumpaan unit beruniform. So, rehat lah dulu. Then, aku perasan adik angkat aku ada kat situ. Aku tak fikir pun untuk sound dekat dia. Tetiba mulut aku buka then sound kat dia. Aku sound 'Orang tu sombong doh dengan kakak angkat dia ni mentang mentang ada kakak angkat baru'. Then, aku pelik kenapa senyap je? Ingatkan dia tak dengar or buat tak tahu ke apa ke. By the way, kakak angkat baru dia tu cuma kawan aku je. 

Then, aku masuk koperasi. Asal jumpa dia, aku lari sebab aku sakit hati jugak ah dengan adik angkat aku tu. Aku tak sangka pulak yang dia akan sound dekat aku. Memang aku tak sangka. And aku ingat ke dia nak mintak maaf dengan aku ke apa ke. Rupanya tak pun. Dia sound balik dekat aku depan ramai ramai orang. Hmm. Wat tebal muka je la. Then, aku balas balik. Sampai lah masa balik, aku masuk koperasi and dia pun ada jugak. Tetiba dia macam cakap lembut dengan aku. Hmm. Aku buat biasa je. Depan tu ada seorang mak cik. Dia perasan yang aku gaduh dengan adik angkat aku sebab muka aku muram semacam. Mak cik tu kata, dok baik gaduh gaduh ni. Hmm. Dalam hati aku, memang dok baik. Tapi, sakit hati sangat sangat.

Then, masa mak cik tu dah pergi adik angkat aku cakap yang aku sombong. Aku balas balik, aku cakap siapa yang sombong ha? Then, balas membalas. Lepas tu, tak sangka jugak yang dia kan mengalah. Hihi. Hmm. Masa tu even buat macam tak de benda, tapi aku memang rasa sakit hati sangat sangat. Tak tau nak cakap macam mana lagi dah. Aku ingat nak cerita dekat kawan aku tapi, aku rasa dia tak akan faham perasaan aku.  Hmm. So, aku abaikan je. Biar lah aku sorang yang pendam dan hadapi sendirian :/

Hmm. Then, masa balik rumah pun aku fikirkan masalah ni. Aku pun tak tau apa yang tak kena dengan aku. Aku ni cemburu dan sakit hati apabila adik angkat aku ni ada kakak angkat baru :/  aku tak tau lah kenapa. Aku duk fikir fikir. And aku ambik keputusan untuk mengalah dan meminta maaf dekat adik angkat aku. So, aku text dekat dia. Lama aku tunggu, aku try call dia. Then, ayah dia angkat. Jantung aku dup dap dup dap. Haha. Ayah dia tanya, siapa ni? Aku jawab la, ni kawan dia. Haha. Pastu ayah dia past ke adik angkat aku. Cakap cakap cakap, then tetiba letak. Hmm. Biar je lah. Lepas tu dia balas mesej.

Masa tu, lega dah la pasal benda ni and aku tak nak lah salahkan sesiapa dan tak nak sound orang sesuka hati gitu. Hmm. Memang menyesal ah apabila aku fikir fikirkan semula. Aku tau aku salah. Iyaa! Dan aku mengaku ini salah aku. And masa balik sekolah tadi, adik angkat aku ada masuk koperasi. Aku pandang dia gitu gitu je. Takdop benda nak cakap. Mujur pasal semalam ayah dia dok maroh. Tapi, aku malu ah sebab ayah dia baca mesej yang aku hantar :3  actually, aku hantar mesej dekat number ayah dia sebab adik angkat aku tak pakai henset. Hihi. And  now aku nak kekalkan hubungan aku. Kalau boleh, aku nak anggap semua umat Islam ni ahli keluarga aku. Hihi.