Photobucket

Friday, March 22, 2013

Baru Aku Sedar.

Assalamualaikum :)

Sebak rasanya hatiku ini apabila aku mula-mula hendak menaip apa yang aku sedang rasa sekarang ini. Ya Allah, susahnya untuk aku berkongsi apa yang aku sedang rasai sekarang ini. Hanya Engkau yang mengetahui apa yang aku rasa.

Hmm. Begini, aku cuba kongsikan apa yang aku rasa. Aku hanya ingin meluah dan ingin berkongsi perasaan aku sekarang ini. Hmm. Aku ada suka dekat mamat ni dalam diam-diam. Dia tak tahu pun. Pada mulanya, aku anggap dia kawan baik aku, tak lebih daripada itu. Tetapi, nak buat macam mana. Hatiku tetiba suka dekat dia. And, dia mula perasan yang aku suka dekat dia.

Sebelum aku suka dekat dia, aku buat fake relay dalam facebook. Kononnya saje-saje. And, kalau je dia online facebook, aku saje-saje gurau-gurau dengan dia. Lama-kelamaan, aku ada rasa sayang dekat dia. Hmm. Padahal, dia bukan siapa-siapa bagi aku. Dia cuma kawan aku. Aku yang melebih-lebih. Dia biasa-biasa jee.

And tadi, aku stalk facebook dia. Dia buat status, ramai kawan-kawan perempuan dia komen kat status dia. Komen manja-manja doe. Entah kenapa aku rasa jealous. Argh! Aku tak tahu kenapa. Ya Allah apa dah jadi pada diriku ini? Hmm. And tadi, apabila aku fikir-fikirkan aku je yang melebih-lebih. Mengada-ngada suka dekat dia kan? Dia takde pun perasaan cenggitu kat aku. Hari tu, dia ada story mory dekat aku yang dia ada suka dekat budak perempuan ni. Budak perempuan ni pun sekelas dengan dia and budak perempuan ni pun suka dekat dia.

Masa dia story ni semua dekat aku, aku tak rasa apa-apa pun. Start tadi je aku rasa sesuatu. Bahawa sekarang ini baru aku sedar sebenarnya. Hmm. Apa-apa pun terima je la kan? Mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa dengan orang yang lagi baik? Mana tahu kan?