Tuesday, February 19, 2013

Alahai, malunya :3


Assalamualaikum. Argh! Malunya. Hmm. Memang malu sangat sangat. Tak tau nak cakap macam mana. Korang pun mesti pernah rasa malu kan? Ye, semestinya. Setiap manusia memang ada sifat pemalu dalam dirinya walaupun sedikit. 

Hmm. Ok. Ceritanya bermula begini. Pada suatu malam, aku dan mak aku keluar untuk makan malam. Chewah ayat aku macam nak buat karangan :P haha. Hmm. Then, makan makan makan. Then, masa nak pergi kat kereta mak aku duk cari cari kunci kereta. Cari cari, tak jumpa. Lepas tu, ada seorang pekerja lelaki ni datang kat kita orang nak pulangkan kunci kereta. Rupa rupanya, kunci tertinggal atas meja makan. Hmm. Sabar je lah. Memang masa tu malu ah. 

Then, aku malu masa dekat sekolah. Masa tu sukan. Cikgu ajar cara cara main bola tampar. So, sorang sorang kena berlatih. Masa turn aku je, aku try la nak buat. Aku nak lambungkan bola tu, tapi aku lempar. Banyak kali aku buat tak jadi jadi. Then, semua kawan kawan aku ketawa. Mujur lah hanya kawan perempuan yang ada di situ. Kalau tak, memang lagi malu lah. Tapi, apabila aku tengok semula benda yang aku buat tadi, kelakar jugak sampaikan aku ketawa. Hahaha. Then, ada masa sikit lagi aku try lambungkan bola tu and menjadi dah sikit. Aku cuma perlu usaha lebih. 

Dua perkara ni memang membuatkan aku malu. Rasa macam tak tau nak letak muka ni kat mana kan? Ni baru perkara kecil sebegini. Kalau perkara besar, lagi lagi lagi lah malu. Ye tak?