Photobucket

Sunday, February 17, 2013

Manusia Oh Manusia.


Assalamualaikum. Hari ni saya nak cerita pasal manusia. Hmm. Manusia memang ada je yang tak puas hati kan? Asal kita bahagia je ada yang dengki, ada yang cemburu, ada yang dendam dan sebagainya kan? Itu lah manusia. Biasa lah dan sememangnya, manusia memang ada kelemahan kan? Ada je yang tak suka perangai kita kan. Tapi, tidak mengapa. Itu perkara biasa bagi saya. Mungkin bagi awak semua memang sukar untuk awak semua terima benda ini kan?

Biar lah dia orang nak cakap apa pun pasal kita. Jangan hiraukan sangat. Kecuali dia orang cakap benda yang baik untuk kita. Biar lah dia orang tak suka dengan perangai kita pun. Mungkin kita kena perbaiki diri kita untuk berubah. Asalkan kita buat perkara yang baik, jangan buat perkara yang bukan bukan. Betul tak? Setiap manusia, memang ada je orang yang tak suka dengan perangai dia. Tapi, benda itu memang benda biasa bagi saya.

Awak semua memang kena terima dan kena biasa dengan ini semua. Kalau ada orang tak suka dengan perangai awak semua, anggap saja itu sebagai motivasi untuk perbaiki diri. Dan jika dia tak suka tidak mengapa, mungkin Allah suka. Ingatlah, kalau kita dalam kesusahan Allah ada bersama kita. Ye tak? Dan biasa lah, mulut manusia kan. Terima dan redha je lah dengan ini semua ye. Jangan disebabkan ini semua, kita jadi tak semangat untuk teruskan hari hari berikutnya.

Hmm. Saya pun dah tak tahu nak taip apa lagi. Mungkin itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama anda. Jika ada je orang yang tak suka dengan perangai awak, terima dan redha je lah hakikatnya kan. Fikir fikirkanlah perangai kamu yang dia tak suka. Dan usahalah untuk perbaiki perangai kamu itu. Ok, itu sahaja. *Smile*