Saturday, April 13, 2013

Kawan.


Assalamualaikum.

Apa maksud kawan? Ada sesiapa tahu? Mohon bagitahu dekat saya okey. Erm, semua orang ada kawan kan. Tetapi, kawan yang jenis macam mana tu. Ada dapat kawan yang baik, ada jugak dapat kawan yang tikam belakang dan sebagainya kan. Semua orang inginkan kawan yang baik baik belaka. Mana ada orang nak kawan yang jahat ataupun yang tikam belakang kita kan.

Sebenarnya, saya pun ada jugak kawan. Kawan saya banyak jenis. Haha. Tapi, saya taknak mengaibkan mereka semua. Sebab mereka semua kawan kawan saya. Sebaik mana mereka, sejahat mana mereka, mereka tetap kawan saya dan mereka pernah membuat saya gembira, menyelesaikan masalah saya, pendengar masalah saya, menolong saya ketika saya susah. So, sejahat jahat mana pun kawan kita, ingat! Mereka pernah berjasa pada kita. Ye tak? Lumrah la kalau korang semua bergaduh dengan kawan.

Mungkin ada salah faham atau korang ada buat salah or what else? Biasa la, lama lama berbaik semula. Kan, kan. And saya tahu, masa korang bergaduh dengan kawan kawan korang, korang mesti ada cakap menda menda buruk pasal kawan korang kan? Kalau tak, baguslaa. Kalau ya, hmm. Lebih baik jangan. Biar la bergaduh dengan kawan sekali pun even masalah yang kecil korang bergaduh, mintak maaf  je walaupun itu bukanlah salah korang. Memaafkan orang dapat menenangkan jiwa.

Okey, sebenarnya saya taip benda cenggini sebab benda ni semua saya pernah lalui dan rasai bagaimana peritnya, pahitnya dan sebagainya. Saya ada teringat kata kata seorang akak ni, dia kata hargailah kawan kita selagi mereka masih ada. Mana lah tahu, nanti apabila besar kita takkan dapat dah kawan seperti kawan kita sekarang ini. # buat pengajaran diri sendiri jugak ;)