Sunday, April 7, 2013

My Mood Getting Better! :3

Assalamualaikum.

Hari ni aku happy sikit kat sekolah. Sikit je, itu pun disebabkan kawan2 aku happy kan aku even aku tengah ada masalah dan mereka tak tahu yang aku tengah hadapi masalah. Tapi biar la aku happy sikit pun daripada muram sepanjang hari kat sekolah. Tak elok pulak orang pandang kan? Hmm. Tapi, aku rasa mood aku okey gok aa sikit daripada sebelum ni.


Mood aku akan happy masa balik sekolah kot. Sebab masa balik sekolah aku akan masuk koperasi dan menggila dengan adik2 angkat aku yang perangai macam kanak2. Haha. Sedap ngate ke adik angkat. Jahat op? Haha. Ye laa, mana tak menggila aku kalau masuk koperasi, ada je orang wat lawok laa, itu laa, ini laa. Aku sayang gila2 kat diaorang. Hmm. Esok aku dop tahu aa ganee. Maybe esok macam biasa je kot.


Selalunyaa, tiap2 hari aku gi sekolah aku bising gok dalam kelas tuu. Lenim, aku laa yang paling diam. Dop cakap dengan kawan, duk sorang2. Cakap dengan kawan pun menda yang perlu. Dulu, cakap dengan kawan menda yang perlu dan dok perlu. Haha. Sekarang lain. Hmm. Aku rasa lama jugak nak ambik masa nak pulih aku ni :3 dakpe laa, aku kena usaha gok gane2 supaya aku okey seperti dulu dan sedia kala, kan? :)