Sunday, August 25, 2013

Alhamdulillah selesai sudah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)



Yahoo! Freedom for a while. Baru saja habis PMR trial exam. Lega rasanya sebab dapat jawab dengan molek dan semuanya sudah berakhir. Hanya tunggu saat resultnya saja. Lepas tu mesti study hard la untuk PMR yang sebenar. Last PMR okayy? Hope PMR tahun ini terbaikk! Hehe. Insya-Allah, amin :D Semoga juga result trial ni molek. Doakan saya supaya dapat result molek juga yaa? Eh eh, bukan saya sorang. Kawan saya juga. Hihi. Harap la kami semua dapat result yang menggembirakan dan tidak mengecewakan serta tidak kena ambil peperiksaan semula :3

Apa apa pun lepas trial ni tak boleh main sangat. Kena study sungguh molek laa. Tinggal tiga puluh lapan hari je lagi. Kedebaran terasa apabila cikgu bercakap soalnya. Memang orang cakap PMR tak penting mana, SPM lagi penting. Iye saya tahu. Tapi kalau nak pergi sekolah yang hebat mesti cemerlang keputusan PMR. Ini tak, keputusan PMR cukup cukup makan je. Memang la sekolah hebat ke tak hebat sama je belajar. Yes I know it. Tapi ada sesetengah orang nak ambil aliran sains, perakaunan, kemahiran dan sebagainya. Sebab itu kalau nak ambil aliran sains result pun kena hebat.

Hurm. Apa apa pun, saya berhenti menaip di sini saja. Good luck for abang abang dan kakak kakak yang ambil peperiksaan percubaan SPM. Buat yang terbaik, anda mampu lakukannyaa. Berjuang! Yeayy :D Salam maghrib.