Photobucket

Saturday, August 10, 2013

First time :D

Assalamualaikum dan selamat hari raya ke tiga :)

Wah, pejam celik pejam celik dah raya ke tiga dah. Cepatnya masa berlalu kan. Hari ini tiga syawal bersamaan sepuluh ogos, baru hari ini aku ada semangat nak beraya. Bangun je pagi tadi terus siap siap then tunggu family aku pulak siap siap -_-' . Pastu, pergi ambik dua orang kawan aku yang nak tumpang pergi rumah terbuka abang angkat aku. Then pergi ke rumah terbuka dia. First time nak pergi rumah dia ni. Wah, cantik bebenar rumah dia :) hehe. Masa nak balik, mula mula aku yang mintak duit raya pastu kawan kawan aku pun follow macam aku buat. Haha :D

Then, pergi rumah terbuka scandal aku :) hehe. Bukan aku pergi sorang, pergi dengan kawan aku la. Mana aku berani nak pergi sorang sorang. Aku dan kawan aku jalan kaki jah, aku pakai high heels. Gila sakit kaki aku :( huhu. Pastu, sampai kat rumah dia aku malu malu :3 aku suruh kawan aku dulu yang jalan hehe. Masuk rumah dia terus duduk. Then, dia duduk depan aku lagi la aku malu. Hadoi laa. Pastu sebelah kanan aku ramai kawan kawan abang dia. Kena usik pun ada tadi :/ lama sikit tu, dia buat magic. Jadi :) kagum tengok haha. Untung la pandai buat magic kan. Then sebelum balik dia ajak bergambar. Aku okey jee :D pastu bila dah keluar dari pintu pagar rumah dia tu, mak dia baru keluar. Aku dengar mak dia tanya mana satu awek? Pastu kawan aku dengar kawan kawan abang dia cakap yang pakai baju purple. Yang pakai baju purple tu actually kawan aku, aku pakai baju merah. Hehe.

Apa apa pun aku happy dan ini semua first time :) hehe. Malu aku :3 huhu.